25 Calon Pelajar AF6 diumumkan

March 12th, 2008 by Akademi Fantasia

 

Debaran siapakah antara 25 para pelajar yang bakal menghuni Akademi Fantasia musim ke 6 bakal terjawab pada malam Tirai Akademi Fantasia yang akan disiarkan pada 16 Mac ini jam 8.30 malam di saluran Astro Ria.

Ketika sidang akhbar memperkenalkan 25 orang calon akhir, ramai hadirin yang tertanya-tanya dan berdebar menantikan siapakah yang layak. Dari 25 orang calon seorang wanita Hairina Abd Halim, nenek kepada 2 orang cucu dan Siti Norsaida Tarudin kakak kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza telah terpilih.

Namun begitu, peserta masih lagi berdebar-debar menanti keputusan kerana selama 3 hari di kuarantin hanya 12 hingga 16 orang sahaja yang layak menghuni asrama Akademi. Mereka akan dinilai dan dipilih dari pelbagai perspektif dan berdasarkan vocal serta pakej tersendiri yang dimiliki yang akan diadili oleh tenaga pengajar AF sendiri.

Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, peluang yang diberikan pihak Astro kepada orang ramai berumur 18 hingga 45 tahun untuk uji bakat memberi kesan yang positif . Malah untuk tahun ini 6 ribu penyertaan telah diterima dan ia adalah rekod paling tinggi sepanjang AF diadakan.

 ANTARA PESERTA AF6

kakak Siti Nurhaliza

“ingin bau lebih dekat?”

nenek yang mempunyai 2org cucu

 

credit to: www.jomstar.com

Tenaga Pelajar AF6

February 28th, 2008 by Akademi Fantasia


Astro hari ini mengumumkan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus melengkapkan fakulti rancangan realiti televisyen paling popular itu. Sebelum ini, Astro mengumumkan maestro Ramli MS dilantik sebagai Pengetua AF6. Ini kali kedua Ramli mengetuai sistem akademik AF selepas AF2. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, secara rasminya mengumumkan Astro menerusi saluran Astro Ria, membawa kembali barisan bekas tenaga pengajar musim lalu seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Jasmi Rejab menyertai barisan kali ini. Astro turut memperkenalkan dua tenaga pengajar baru iaitu penyanyi Anita Sarawak dan Genervie Kam.

 Anita Sarawak bertindak sebagai Guru Persembahan Pentas, membantu pelajar mengurus dan menguasai pentas dalam setiap persembahan. Pada musim ini juga, Astro memperkenalkan sistem baru dengan menugaskan tiga tenaga pengajar dalam bidang vokal iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal Teknikal, Syafizawati sebagai Guru Vokal Persembahan dan Genervie Kam sebagai Guru Vokal/Muzik. Siti Hajar bertugas membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam persembahan. Syafizawati membantu pelajar mendapatkan lenggok suara yang betul, di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi asal. Genervie bertindak mendidik pelajar mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikan mereka dengan teknik pernafasan dan lontaran suara.

Linda Jasmine sekali lagi diberi kepercayaan mengajar asas gerakan tarian, dan bertindak sebagai Guru Kareografi. Fauziah Nawi pula bertugas sebagai Guru Seni Persembahan, membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta mengajar cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas nyanyian. Fatimah abu Bakar, Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris ditugaskan memberi motivasi dari segi mental dan fizikal, selain menanam keyakinan dan memberi perangsang ketika pelajar menghadapi masalah. Dia juga membimbing pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti berkumpulan, selain membantu pelajar mendalami lirik lagu dalam Bahasa Inggeris.

Jasmi Rejab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar.

Credit to: www.jomstar.com

Pengacara AF6: Confirm

February 24th, 2008 by Akademi Fantasia

Berita baru di umumkan.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Pengacara Konsert AF6 : AC MIZAL

 

Pengacara Diari AF6: SARIMAH IBRAHIM

 

Pengetua : RAMLI MS

Pengacara AF6

TAHNIAH AC Mizal dan Sarimah Ibrahim kerana diberi tanggungjawab menggalas program realiti paling popular Akademi Fantasia kali ini. Sudah masuk musim keenam, tentu ada pelbagai perancangan yang dibuat pihak penerbit untuk memperkukuhkan lagi program itu di mata masyarakat dan penggemarnya.

Awal-awal musim memanglah seronok bermain dengan perasaan “kezutan” tu.

Apakah kehadiran dua pengacara, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim mampu melakukan tanggungjawab ini?

Rasanya dengan pengalaman, AC Mizal yang bakal mengacara konsert mingguan dan Sarimah pula diari AF pasti mampu menyahut cabaran itu sekaligus menyuntik ‘rasa’ baru kepada AF6.

Ramai tahu bagaimana keduanya mempunyai kelebihan berlawak yang spontan. Baik AC mahupun Sarimah.

Malah Sarimah sendiri sudah agak dekat dengan AF apabila menggalas tanggungjawab Fail Sulit AF. Happening dan kecoh sungguh.

Apakah gelagat Sarimah mengendalikan diari nanti akan sama dengan Kak Mah dalam Fail Sulit AF?

Kalau mungkin tidak lebih, mereka harus setanding dengan Aznil Haji Nawawi yang melaksanakan tugas mengendalikan konsert dan diari bersendirian sepanjang lima tahun bersama program kesayangan ramai ini.

Info dari: Utusan Malaysia

Audition AF6 *update

January 12th, 2008 by Akademi Fantasia

 

“SPREAD THE NEWS TO YOUR FAMILY AND FRIENDS!”

Document
-salinan kad pengenalan
-2 keping gambar berukuran 4R (close-up dan mid shot)

 

Lagu
-sila rujuk post di bawah.

Lagu & Lirik Menuju Puncak

January 11th, 2008 by Akademi Fantasia

Akademi Fantasia -..

MENUJU PUNCAK

Bukan mudah
Meniti langkah ke angkasa
Bukan Mudah
Mengejar mimpi jadi realiti
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Chorus :

Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi …o …yeaaah

Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkilauan .. O..yeaaah
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Back To Chorus

Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan hei…

DOWNLOAD HERE

Ujibakat AF6. Berminat?

January 8th, 2008 by Akademi Fantasia

Tarikh & Lokasi Ujibakat

12 & 13 Januari ASTRO Bukit Jalil
17 - 20 Januari Kompleks Asia City, Kota Kinabalu
17 - 20 Januari Crowne Plaze Riverside, Kuching
26 - 27 Januari Gurney Hotel, Penang
26 - 27 Januari Kompleks Mawar, Johor Bahru
2 & 3 Februari ASTRO Bukit Jalil

Lagu Audition Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza

Lagu Audition Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tan Sudah - Jay Jay
It’s Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur daripada 18-45 tahun.

“Pakcik pun nak join gak masuk AF6″

Ramli MS - Pengetua Baru AF6

January 8th, 2008 by Akademi Fantasia

 


Kejutan Pertama Akademi Fantasia 6

Pada hari ini, Akademi Fantasia memberikan “kejutan” pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana “bakat tidak mengenal usia”.

 

Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.

 

Sumber: www.bloglah.org

 

18 tahun hingga 45 tahun? Interesting. Larat ke pakcik@makcik ni nak menari menuju puncak nanti?? ekekeke…

AC Mizal, Sarimah Pengacara Baru AF6

January 8th, 2008 by Akademi Fantasia

 

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Bukan satu tapi dua pengacara sekali gus akan menggantikan Aznil Nawawi sebagai pengacara program realiti televisyen popular, Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6).

Menurut sumber-sumber industri, dua nama yang bakal menerajui AF6 yang akan ke udara di Astro Ria tidak lama lagi ialah AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.

AC Mizal dikatakan terpilih berdasarkan kejayaannya mengendalikan rancangan terbitan Astro, AC Di Sini yang diminati ramai manakala kepetahan Sarimah Ibrahim mengendalikan rancangan Fail Sulit AF telah memikat hati pihak Astro.

Sumber: Utusan Malaysia

Pengacara baru AF6 adalah AC Mizal dan Sarimah. Adakah telatah mereka dapat mencuit hati penonton seperti Aznil Hj Nawawi? Harap2 yelah.. kita tunggu je lah.. hehe…

Hello AF Fans!

January 8th, 2008 by Akademi Fantasia

Blog ini adalah untuk Akademi Fantasia Musim ke-6.

Tak sabar menunggu berita-berita hot and spicy dari kami?

Nantikan kemunculan kami~